Posts

Image
Siapakah Wahabi dan Syiah Yang Sebenarnya?      Untuk pengetahuan semua fahaman yang dianuti oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini adalah berfahaman Ahlul Sunnah Waljamaah iaitu fahaman terhadap agama Islam yang sebetul betulnya difahami oleh sahabat sahabat Rasullulah s.a.w dan salafussoleh.Sebenarnya istilah Ahlul Sunnah Waljamaah ini bukanlah satu istilah yang direkacipta oleh para ulama malahan istlilah ini diambil daripada beberapa hadis Nabi Muhammad sendiri.     Berbalik kepada tajuk asal,siapakah Wahabi dan Syiah itu sendiri sebenarnya,baiklah kebanykan orang orang berfikir bahawa orang yang tak baca doa qunut ketika solat subuh atau orang yang tidak berwirid selepas solat ini adalah Wahabi.Jika anda berfikiran seperti ini maka anda sememengnya salah sekali kerana perkara itu merupakan khilaf para ulama dan bukanlah punca utama menyebabkan seseorang itu menjadi Wahabi.